Hello there

Wednesday, February 24, 2010

Cerita hantu (reka2)

Ada satu cerita...pada waktu malam selepas tamat kelas tuisyen Wani dan Aisya pulang bersama-sama.Mereka lalui laluan jalan pintas untuk pulang ke rumah masing-masing.Laluan itu adalah lorong gelap di sekelilingnya hutan dan cuma ada rumah usang yang sudah lama di tinggalkan.


Wani mengajak Aisya untuk pulang bersama melalui lorong itu tetapi Aisya menolak.Dia lebih rela menggunakan jalan jarak jauh dan sebagai laluan orang ramai.Wani tetap berkeras ingin menggunakan lorong itu untuk sampai ke rumah dengan segera.Aisya tidak mempunyai pilihan...dia terpaksa mengikut kehendak Wani.Jika hendak dibiarkan Wani keseorangan dia berasa kuatir terjadi apa-apa yang tidak di ingini dan juga dia sendiri berasa takut untuk berjalan bersendirian.


Wani dengan selamba berjalan sambil memerhatikan sekelilingnya.Mereka ditemani lampu jalan dan juga lampu suluh yang di bawa oleh Aisya."Kau tak takut ke,Wani?"tanya Aisya sambil menyuluh sana sini."Nak takut apa...bukannya ade ape2 pon..kalau jembalang tanah nak keluar pon aku tak kisah lah." Kata Wani dengan reaksi selamba.Aisya terus menarik tangan Wani. "J..jangan sebarangan cakap Wani...aku.."


" kau takut ya? haha...mari kita tengok sape yang berani berhadapan dengan kita"


Wani dengan jelas tidak kelihatan takut manakala Aisya bermuka pucat.


"kau tau kan Wani..nenek aku cakap kita tak boleh tunjuk lagak kat tempat macam ini..nanti 'diorang' menyahut cabaran kau tuh"


"Peduli ape aku...aku tak takut" wani tersengih.


Dengan ujian Allah...tiba-tiba kedengaran kucing berkelahi entah dari mana. Aisya mula gelisah dan mengajak Wani untuk patang balik.


" Tu kucing je lah ape nak takut."


"Mana ade kucing nak tinggal dalam hutan!"


"Ade...kucing jelmaan Tok Nelnai yang tinggal kat sana tuh.Haaha.." Wani menunjuk ke arah rumah usang di hadapannya.


"Engkau nih...aku nak patah balik!!!"Aisya dengan muka pucat lesi menarik narik lengan baju Wani.Tetapi Wani dengan selamba berjalan terus kehadapan.


Aisya menurut sahaja sambil menyuluh sana sini.Bulu romanya sudah lama berdiri tegak ketakutan."Wani....jauh lagi ke? Aku tak pernah lalu sini jadi aku tak tau jarak ni...kau kan pernah lalu sini...masih jauh ke nak sampai rumah?"


Wani diam membisu dan terus berjalan.Aisya menjadi kaku.Mulutnya terkunci.


Selang beberapa minit...Aisya bersuara kembali."Jauh lagi ke ?Aku rasa dah jauh kita berjalan nih."


Wani diam.


"Wani,dengar tak? Kau nih jalan lurus badan tegak macam nak berkawat je.."


Wani diam.


Tiba-tiba kedengaran satu suara yang cukup Aisya kenali dari arah belakangnya.Aisya tersentap.Dia cukup kenal dengan suara itu...suara rakannya,Wani. Tetapi Wani ada dihadapannya.

"Weh...Aisya, kau nak pergi mana tuh..Tu jalan nak pergi ke kubur lah" Suara Wani yang didengar oleh Aisya dari lorong belakang.Aisya mula berasa seram sejuk dia tidak berani untuk membalas kembali.

"Aisya ! aku kat sini lah! kau nak pergi mana sorang2 tuh?!"

"Apa?!!" Aisya berbisik didalam hati.Aisya memandang kedepan untuk memastikan benarkah dihadapannya itu adalah Wani atau sebaliknya.
Dilihatnya tubuh 'Wani' seperti terapung-apung tidak berpijak di lantai bumi. Aisya terbeliak matanya dan terus pengsan.

Sedar sedar dia berada di suatu tempat dan ditemani oleh Wani disisinya.
"Engkau sedar jugak ye Aisya. Lame kau pengsan tau tak."

Aisya terpinga-pinga. "Kat mana ni..Wani? Ya..Allah! Wani, aku takut Wani..kau tinggalkan aku semalam!" Aisya seperti orang trauma.

"Bukan semalam lah Aisya...dah 2 hari kau pengsan."

"Wani...ni rumah sape ye?"

"Rumah Tok Nelnai." Jawab Wani.

"A...apa??!!....." Aisya tersentap.

"Aku minta maaf Aisya..nampaknya kita sudah tersesat jalan.Aku tak dapat cari jalan keluar..pelik jugak aku rasa hutan ni macam tak ada penghujungnya." Terang Wani kepada Aisya.

Aisya mula meremang bulu roma.Dia bergegas keluar dan memerhati sekelilingnya. Ya...ini seperti hutan yang tebal.
" Macam mana kau dapat jumpa rumah ni? Siapakah Tok Nelnai?" Aisya bertanya.

Wani mengeluh."Entah lah Aisya..Dalam keadaan gelap gelita aku usung kau bawak sini mse kau pengsan tu.Teruklah kalau tak ada orang nak tolong kita."


-----------------------------

Malam menyusur tiba,dengan berbekalkan lampu suluh, Wani dan Aisya hanya menunggu tibanya orang kampung di rumah usang yang dikatakan telah lama ditinggalkan oleh Tok Nelnai,iaitu bomoh yang terkenal dikampung itu pada masa dahulu.

"Teman aku Aisya pergi ke sungai" Wani bingkas bangun mengajak Aisya menurutinya.

"Sungai? Dari mana kau tau ada sungai?"

"Petang tadi aku jumpa."

"Dah jumpa tapi kenapa tak bagitau aku?"




CERITA HNYA SEPARUH JE NIH.

-

Waaa..comelnye anak singa!! cpt pegi bukak astro Animal Planet! haha...comel giler...pendek kata..semua anak haiwan comel!! tak kira haiwan ape sklipon sume comel!


Leler dh pindah umah lain....T=T tak silap kt Bukit Jalil rmh ibunya. I hope dia lebih hepy berbanding hari2 sebelumnye ^^

Saturday, February 20, 2010

Komik baru dr Xanseviera!


Title : SNAP!

Cartoonist : Xanseviera

Category : Action

Date : 2010-01-01

Language : Malay

Page : 168

Print : Color

Price : RM7.50 (Peninsular Malaysia)
Price : RM8.50 (Sabah)
Price : RM8.50 (Sarawak

Xanseviera membawa anda selami Dunia Manusia dan Dunia Magik yang dikawal selia oleh pengawal dilantik. Penuh imaginasi. Ruby, watak utama digelar tomboi sebab bersekolah di Sekolah Lelaki Excalibur. Dikawal pula dua 'budak' - Rico dan Zack yang sanggup lakukan apa sahaja demi Ruby. Digarap dengan penuh 'persoalan' agar anda dapat menghayati apa sebenarnya yang terjadi di sebalik Dunia Magik dan Dunia Manusia!

(aku nak beli aku nak beli!!!)

Friday, February 12, 2010

chinese new year.

Happy chinese new year ! Gong xi fa cai !
Today at school im so enjoyed! ahaha...i nvr feel hepy like dis before...
Feel like so free~
My new friend, (forgot his name lar...) always called me Yumi and he give me his fried chicken time rehat. =D
Kai chen, funny and cheerful boy in class.....teach me chinese and always stare at me when im doin sumthing.LOLX.
Kelly chan, always smile~ luv to singging when doin exercises. hahahak
Mag mag, she will laugh when sumone make a funny things in clss!

Thnx yaw to all my new cheerfull friends ! =3

Wednesday, February 10, 2010

bad feeling

我恨你。。。OR
我愛你。。。?
I'm so confuse lerh....i dont know wat kind of feeling rite now. =.=
Pss~i want to tell sumthing......i want to live wit myself only...i mean...me only, the single person in the world...without peoples!


Jika dunia
Aku yang punya
Akan ku dirikan
Sebuah syurga
Malam tanpa siang
Untuk ku bermimpi


Sepanjang masa
Tanpa kecewa
Bertemankan bintang yang setia
Bagaikan puteri
Kisah khayalan
Yang hidupnya suci dan sempurna


oh...Tapi sayang
Hanyalah impian
Bulan tak bisa tumbuh ditaman
Dan bila mentari datang
Pulanglah segala kenyataan


Jika dunia
Aku yang punya
Akan kuhiaskan
Sepasang sayap
Putih dan berseri
Untukku kemudi